Thursday, March 17, 2011

Kisah Kawanku Erwan Syah (Bibir) a.k.a Tek !!!!

Al-kisah....

Maka tersebutlah kisah seorang hamba Allah yang bernama Erwan Syah Bin Abdullah a.k.a Tek merangkap kawan SKATE seangkatan dengan aku...haha...Kenapa tiba-tiba cerita pasal dia???Haa...begini ceritanya...ZZZaaSSS...

Semalam, pada hari khamis bersamaan 17 Mac 2011, Tek ni mengalami kemalangan yang tak berapa nak meragut jiwa la kan...tapi banyak meragut kulit-kulit dia dia yang sawo matang tu. (habislah ko...kulit dah jadi macam kawah kat bulan tu..haha). Merujuk kepada saksi, tek ni jatuh dari motor secara tiba-tiba. Tanya pada tuan punya body pulak dia sendiri tak tau macam mana dia boleh jatuh. (ape punya sengal lah mamat ni..huhu). Mengikut akal fikiran dan logik akal dan merujuk juga kepada pendapat-pendapat yang diberikan oleh semua kawan-kawan yang masuk air, tek ni jatuh dari motor mungkin sebab dia pitam. Sebab tu dia tak tau dia sendiri jatuh macam mana. Satu motor naik 3 orang. Tek ni pulak duduk belakang sekali. Macam mana boleh jatuh aku sendiri heran. Pelik betul budak ni. HUHU. Dah la jatuh depan DEKAN pulak tu. HAHAHA. Apa-apa pun, aku doakan kau supaya cepat sembuh. Kesian kau tak dapat tidur dengan nikmatnya. Don't worry bro. Be happy. Sem depan kau dah OK kita skating sampai dah tak ada kudrat...HAHA...

Ni adalah beberapa gambar yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan juga pengajaran. =)


Tek (The Legend of Budak Masuk Air)








P/S : tek,,kalau artikel ni ada menyinggung perasaan kau aku mintak maaf ea...halal ea bro... =)



1 comment:

  1. gila lah. teruk gak dia kena ek. ney mesty tak baca doa sebelum naik motor ney. dah tu naik 3 org perghh

    ReplyDelete